Thursday, August 25, 2016

Cerita Bulan Ogos 2016 dan Tupperware


Sejak menjadi Tupperware Consultant tanggal 21 April 2016 memang tak ambil pusing mengenai bisnesTupperware. Up line pun tak de bagi sebarang bimbingan. Tambahan pula bulan 4 sibuk dalam proses pindah rumah baru. Bulan 5 buat kenduri kesyukuran dan isteri jatuh sakit serta memerlukan pembedahan. Maka memang tak ambil pusing pasal Tupperware.

Bila keadaan dah agak reda selepas Hari Raya maka dalam bulan Ogos ni bermulalah pencarian consultant Tupperware yang baru di bawah saya. Orang pertama yang isteri ajak adalah adik bongsunya yang tinggal di Johor Jaya. Seorang suri rumah. Beliau telah mengajak mak mertuanya turut serta dalam bisnes Tupperware ini. Mereka berdua masuk ikut keahlian biasa dengan membuat bayaran RM78. Semua urusan pendaftaran dibuat hanya melalui WhatsApp. Dimana beliau menghantar salinan kad pengenalan di dalam WhatsApp kepada saya dan bayaran melalui perbankan internet. Itulah mudahnya dengan adanya teknologi canggih. Justeru itu saya dan isteri berbesar hati memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada beliau dan mak mertuanya kerana sudi menyertai Tupperware bersama saya.

Kini adik ipar saya itu menjual Tupperware secara atas talian di Facebook dan tak sangka juga beliau dapat mencari pelanggan sama ada kawan-kawan sekolah yang lama atau ipar duai yang memberikan galakan untuk beliau beniaga. Page beliau adalah Consultant Tupperware Johorjaya di facebook.
Pakej 1: Bayaran RM78 dapat semua barangan di atas berharga lebih RM100

Consultant terbaru saya yang saya dapat melalui Facebook ialah kak Aisah. Saya kenal beliau dalam Facebook semasa bertanyakan tentang barangan Tupperware Tubo Chopper. Maka saya nyatakan harga runcit Turbo Chopper RM148. Seandainya beliau menjadi consultant Tupperware Turbo Chopper itu hanya berharga RM120 dan beliau akan dapat barangan Tupperware yang lain juga. Sebelum ini beliau seorang pembeli barangan Tupperware yang dijual di pejabat dan beliau memang suka dengan produk Tupperware. Maka saya ajak beliau menyertai Tupperware dengan memberikan pilihan beberapa pakej kepada beliau. Ini kerana setiap orang layak memilih pakej mana yang meraka suka. Pakej pertama RM78, Pakej ke 2 bayarannya RM319 dan Pakej ke 3 bayarannya RM2100. Akhirnya beliau memlih pakej ke 2 dengan bayaran pendaftaran RM319. Memang berbaloi kerana harga sebenar pakej ini ialah RM560 tetapi dengan mendaftar menjadi Tupperware consultant yang baru harga yang diberikan amat murah. Rugi kalau tak ambil peluang yang ada di depan mata.
Kak Aisah bersama treasure box dan kit bag Tupperware (Pakej ke 2)

Kepada anda diluar sana yang berminat untuk membebaskan diri anda dari belenggu kewangan, nak cari pendapatan lebih. suka berniaga, duduk rumah goyang kaki tunggu suami balik kerja apa salahnya meniaga secara on line. Di bawah seliaan saya insya Allah akan saya berikan tunjuk ajar bagaimana untuk menjalankan perniagaan. Katalog akan diposkan ke rumah pada setiap bulan. Ambil phone dan picitlah no telefon atau WhastApp 013-5057840/ 0134763374 untuk perangan lanjut. Tanya-tanya dulu tak jadi masalah. Kata orang tak kenal maka tak cinta.

Thursday, August 4, 2016

Kisah Bersama Tupperware

Assalamualaikum pembaca sekelian.

Saya ingin menceritakan serba sedikit kisah bagaimana saya dan keluarga terjebak dengan Produk Tupperware ini.

Sebelum menggunakan produk Tupperware ini saya dan keluarga hanya menggunakan tipuware yang dijual dipasaraya. Semestinya produk tersebut harganya murah tetapi kualitinya tidak setanding dengan Tupperware yang sudah berpuluh tahun dan amat dikenali.

Tahun 2012 isteri saya dihantar bekerja ke negeri Pahang. Maka di sana beliau telah membeli produk Tupperware. Itu pun sebab botol air yang dibelinya disebuah kedai yang menjual produk C***** telah rosak penutupnya setelah digunakan hampir setahun. penutup botol air rosak maka secara automatik botol tersebut sudah tidak boleh digunakan untk dbawa ke pejabat. Kena beli botol air baru. Maka bermulalah perjalanan beliau bersama Tupperware sejak dari peristiwa tersebut.

Mula-mula belaiau hanya membeli fridge water bottle 2.0 liter untuk mengisi air untuk diminum di pejabat. Tetapi lama-kelamaan makin jatuh hati dengan produk Tupperware ni. Produk yang lasak siap ada jaminan lagi. Kalau rosak boleh tukar atau boleh beli bahagian yang rosak tersebut tanpa membuang begitu sahaja bahagian yang tidak rosak. Contohnya kalau penutup botol air yang rosak maka boleh minta ganti penutup yang baru dan botol air masih dapat digunakan tanpa membuang botol tersebut. Nampaknya tak? Tiada pembaziran. Malah produk Tupperware juga cantik-cantik belaka memikat pandangan mata.

Bekas air pertama yang dibeli dah 3 tahun. Masih kukuh dan utuh. Berbaloi

Setelah setahun lebih membeli produk Tupperware tanpa menjadi ahli kini sudah menjadi ahli dan ingin menjualnya pula kepada kenalan dan secara atas talian melalui pos. Sebelum menjual Tupperware kami telah menjual baja organik Avvi secara atas talian maka tidak menjadi masalah pada kami untuk membuat pengeposan barangan Tupperware kepada para pelanggan.
Kami juga mencari mereka yang berminat untuk menjadi ahli. Menjadi ahli hanya perlu membayar RM78 dan akan dapat hadiah barangan Tupperware yang harganya lebih daripada harga RM78. Malah anda akan dapat menikmati diskaun 25% walaupun barangan tersebiut telah ada diskaun.

Boleh ikuti saya di Facebook faizu hamzah, Instagram Faizuhamzah dan page https://www.facebook.com/faizutupperware