Saya ingin menceritakan serba sedikit kisah bagaimana saya dan keluarga terjebak dengan Produk Tupperware ini.
Sebelum menggunakan produk Tupperware ini saya dan keluarga hanya menggunakan tipuware yang dijual dipasaraya. Semestinya produk tersebut harganya murah tetapi kualitinya tidak setanding dengan Tupperware yang sudah berpuluh tahun dan amat dikenali.
Tahun 2012 isteri saya dihantar bekerja ke negeri Pahang. Maka di sana beliau telah membeli produk Tupperware. Itu pun sebab botol air yang dibelinya disebuah kedai yang menjual produk C***** telah rosak penutupnya setelah digunakan hampir setahun. penutup botol air rosak maka secara automatik botol tersebut sudah tidak boleh digunakan untk dbawa ke pejabat. Kena beli botol air baru. Maka bermulalah perjalanan beliau bersama Tupperware sejak dari peristiwa tersebut.
Mula-mula belaiau hanya membeli fridge water bottle 2.0 liter untuk mengisi air untuk diminum di pejabat. Tetapi lama-kelamaan makin jatuh hati dengan produk Tupperware ni. Produk yang lasak siap ada jaminan lagi. Kalau rosak boleh tukar atau boleh beli bahagian yang rosak tersebut tanpa membuang begitu sahaja bahagian yang tidak rosak. Contohnya kalau penutup botol air yang rosak maka boleh minta ganti penutup yang baru dan botol air masih dapat digunakan tanpa membuang botol tersebut. Nampaknya tak? Tiada pembaziran. Malah produk Tupperware juga cantik-cantik belaka memikat pandangan mata.
![]() |
| Bekas air pertama yang dibeli dah 3 tahun. Masih kukuh dan utuh. Berbaloi |
Setelah setahun lebih membeli produk Tupperware tanpa menjadi ahli kini sudah menjadi ahli dan ingin menjualnya pula kepada kenalan dan secara atas talian melalui pos. Sebelum menjual Tupperware kami telah menjual baja organik Avvi secara atas talian maka tidak menjadi masalah pada kami untuk membuat pengeposan barangan Tupperware kepada para pelanggan.
Kami juga mencari mereka yang berminat untuk menjadi ahli. Menjadi ahli hanya perlu membayar RM78 dan akan dapat hadiah barangan Tupperware yang harganya lebih daripada harga RM78. Malah anda akan dapat menikmati diskaun 25% walaupun barangan tersebiut telah ada diskaun.
Boleh ikuti saya di Facebook faizu hamzah, Instagram Faizuhamzah dan page https://www.facebook.com/faizutupperware

No comments:
Post a Comment